Saturday 6 August 2016

KIBAR JALUR GEMILANG




Kawan Aboi, kami panggil nama dia Amin Gemuk, dia orang Kedah tapi kerja di Perlis. Masa jumpa dia kat Alor Star kami duk sembang , dia bagi tahu  ' orang sekarang sembang aje semangat cintakan keamanan, cintakan negara tapi malu nak kibar jalur Gemilang..
Di sampuk pula kawan seorg lagi nama Sham, dan kami semua tahu memang tabiat Sham ni suka menyampuk bila orang bercakap. Dia orang pantai timur. Dia kata memang setuju apa Amin kata tu. Masa dia balik kampung dua tiga hari lepas tempat dia pun tak juga di pasang jalur gemilang.

Bila fikir balik betul juga kata si Amin dan Sham tu.  Dia kata di Perlis setakat hari ni tak nampak pun Jalur Gemilang di kibar lagi.
Harap lepas ni orang perlis akan kibar lah.kan.

Aboi diam aje .. maklum lah ..Aboi menumpang aje di utara cari rezeki .. tak bole nak cakap banyak.
Apa pun orang utara ni ..yang Aboi juma semuanya baik dan peramah. Kaum hawa nya juga manis- manis ..hihihi
Apa pun yang Aboi nak cakap MARILAH KITA SAMA-SAMA KIBARKAN JALUR GEMILANG. MAI PAKAT KIBAR LAH.

Tuesday 15 March 2016

Kenduri Khawin, Guru Duka Lara Janji Menteri Keluarga Derita!!!



Musim cuti sekolah dan musim ini lah ramai yg mengadakan majlis kenduri khawin. Dalam sehari ada yang perlu hadir lebih dari satu atau dua majlis itu bagi rakyat biasa kalu ketua kampun ke atau ketua cawangan lain lagi jemputan. Apatah lagi orang politik di tambah pula yang bergelar Ketua Bahagian atau yang paling penting musim ini adalah yang bergelar YB. Atau berkedusukan Exco atau Menteri pasti nya jemputan tu lebih dari lima atau sepuluh tempat sehari. 

Aboi yang tiada apa-apa pun ada jemputan majlis kenduri khawin ni hampir setiap hari. Pening juga rasa , tak hadir kan rakan dan saudar dah jemput. 

Hari ni Aboi nak cerita pasal sqtu tempat kenduri Khawin yang Aboi pergi di kawasan Parlimen Menteri Pendidikan kita Datuk Seri Mahdzir Khalid. Satu kawasan kubu kuat BN Parlimen Padang Terap. Yang khawin tu seorang Guru. 

Masa duk sembang tempat kenduri tu. Ada satu pak cik katanya orang kuat parti Kerajaan.tapi bila Aboi sembang dia dah meluahkan segalanya dan rasa cukup terkilan deangan Kementerian Pendidiakn dan rasa kecewa dengan Menteri Pendisikan yg merupakan Yb kawasannya. 


Tanya punya tanya bukan pak cik tu aje .yg rasa kecewa tapi ramai lagi.  Sebab apa sebab Cerita Pasal Guru Duka Lara... Kata mereka MENTERI ni pembohong ke apa .??? Cakap dalam TV ..cakap Dalm Cermaah ..Masa mai balik ke Padnag terp pung ada cakap.. Insyaallah akan tolong.. tapi Habuk pun tak di buatnya mentang- mentang mereka ni orang kampung. Sebab pak cik tu ada minta tolong Menteri  Untk Memudahkan Permohonan Pertukaran ANAKnya yg berkerja  sebagai GURU di SABAH dah 17 tahun di sana  dan Suami pun dah balik ke Semenanjug. Minta dah berapa kali minta. Tapi tak dapat dapat. Menteri pu  dah di jumpa..janji hanya tinggal janji. Anak nya tak dapat tukar tapi orang lain yg baru aje  ke sabah tak sampai setahun ada yangvdapat tukar balik. Sebab apa sebab mungkin kenal oramg dalam. Banyak lagi pak cik tu duk meluah.  Aboi pun simpati dengannya...tapi apa bole buat..Aboi hanya mampu mendengar..

Apa yang Aboi tersentuh hati dan terkilan dalam duk berbicara denagn beberpa pak cik tempat kenduri tu.. mereka menyatakan selama ini mereka  orang kampung dan kerja kampung tak lernah meminta apa -apa dari YB BN tapi mereka sentiasa bekerja dan terus menyokong kerajaan. Tapi bila Yb sendiri dah jadi MENTERI dan ini lah pertama kali dia mahu minta tolong dari Menteri ni. Untk bawa ANAK nya Balik ke Semenanjug..tapi dah tiga kali tak juga tercapai. Takkan nak nanti dia tutup mata baru Menteri tu dapat tolong. 

Sampai terdetik juga di hatinya bagus jangan duk ikut lagi dgn parti Uxxx ni... tapi diabtak sanggup .sebab dia sayangkan kerjaan.  Kata nya mungkin Menteri OK tapi Pegawai-Pegawai di Kementerian Pemdidikan tu tak buat kerja dengan baik. Macam betul juga lah firasat pak cik tu. Rasanya Menteri tak salah tapi sesetengah pegawai-pegawai do Kememterian tu yg ada tak peka dan tak ambil kisah.

Aboi rasa kalu tak ambil tindakan apa yg pak cik ni cakap Silap hari bulan ... Pak cik ni pun bole pi jadi membangkang kerjaan ni..

Harapa Menteri tu ..tengok- tengok lah pegawai di Kementerian yang perbuatan dan tutur kata bole meruntuhkan hasrat dan impoan menteri intuk membantu GURU DUKA LARA paling tak pun dapat lah Satu kan Guru-guru yang dah lama khawin ni...agar tak berduka lagi..

Monday 14 March 2016

Uncle LIM .. Mai ! Mahu Tipu Orang Padang Besar ke ???!!!

Waaaa.. tadi Aboi pi jalan jalan kat Padnag Besar Perlis .. Kira ok jg ini Padnag Besar ramai orang luar datang beli belah dekat Arked Niaga. Banyak untung lah perniaga-perniaga di sana, mungkin sebab cuti sekolah kot. Aboi perhatikan rupanya ramai perniaga di sana tu orang sebelah sana ( siam/thai).

Ehhh!! Lupa bukan Aboi nak cerita pasal peniaga arkid niaga di Padang Besar tu..... Aboi nak cerita pasal Uncle Lim ..ni.. sebab org habar kat Aboi pasal Uncle Lim ada pi sana 13 hb Mac. Kalu Penasihat DAP turun ..ekor pun pasti ada...yg ikut dia tu ada lah dua tiga ekor. Tp yg seorang ni Aboi dan org Padang Besar hairan ..ada jg gadis melayu yg tak faham-fahan dan tak insaf lagi..duk ikut si Uncle LIM ni...

Young Syefura Othman  budak melayu yang ikut Lim Kit Siang ke padang besar .

Program Dap tak lah hebat mana pun hanya pi duk makan Retoran Pinja Jalan Pekan Lama Padang Besar aje, masa duk  makan tu lah Lim Kiat Siang duk melalut cuba kempen nak burukkan kerjaan dan kepimoinan PM. Bukan apa dia pun tahubkot sebab DAP di padang besar ni tiada sambutan pun org dah meluat dang DAP. Bukan bole baut apa pun. Kebanyakan ahli Dap padang besar ni katanya bekas ahli MCA yg kecewa aje. Dan pengaruh pun tiada apa. 

Kata nya masa rombongan Kit Siang pi sana pada 13hb tu tak dapat sambutan dari pemduduk Padnag Besar. Malah org buat tak peduli pun kat dia dan rombongan. Edar risalah org buang aje risalah yang dia bagi. 

Apa pun yang penting segalanya selamat ....buakan apa Aboi risau dan bimbang takut-takut si Young Syefura ( Rara) yg ikut Uncle Lim tu kena jual kat siam oleh orang Padang Besar aje...tapi syukur lah rupanya orang Padang Besar ni baik semua. Sayangkan anak melayu yang pakai tudung aje..

Harap anak- anak muda terutama golongan wanita muda jangan lah duk ikut jejak langkah. Si Young Suefura tu...buat malu orang padnag besar aje.. hihi

Sunday 13 March 2016

Satay Mata Ayer

Sembang sambil pekena Satay Di Mata Ayer Perlis......


Ramai yang tak tahu, rupanya di Perlis ni ada tempat sedap jika nak makan satay.
Aboi jumpa kawan, lama di perlis org nama dia Abang DIN dan Abang Jak
 kerja di Padang Besar.  Mereka ajak Aboi pekena Satay di Mata Ayer.. wauuuu..! Best jg satay tu.
Kami sembang kosong aje. Tiaea cerita politik. Tapi ada cerita kisah orang tipu orang dan orang percaya dengan penipu. Apa pun nanti Aboi cerita kisah- kisah tersebut suatu hari ni. Yang penting Abang Din dan Abang Jak sanggup datang dari jauh tengah tengah malam semata mahu ajak Aboi makan satay. Terima kasih pada semua
.


Sunday 14 February 2016

KESIAN PKR DI PERLIS SEAKAN NAK BERKUBUR

 PKR DI PERLIS DAPAT SAMBUTAN HANGAT


Program flash mood PKR di Bulatan Sena Kangar pd 9 Feb 2016 konon utk selamat dan bebaskan Anwar dari Penjarada sambutan sangat luar biasa.

Ini pula satu lagi majlis PKR pada 14 hb Feb 2016 di Kangar woooo !! Sambutan juga terlalu hebat penuh khemah .
Aboi pun hairan ngapa jadi macam ni.?? Ramai sanfat orang ni...Harap aboi tak silap lah ..sama2 kita nilai.


Monday 11 January 2016

Ketenangan di Utara


Lama menyepi ... aboi ..diam mencari kedamaian di Utara Tanah air. Rupanya disini juga penuh kedamaian.

Monday 2 February 2015

SIAPA PUTAR ALAM, PEMBELIT DAN PEROSAK RAKYAT ?



Cerita barang naik.. ggegar gempita di canangnya satu negara habis pelusuk rakyat di heboh, konon ini kerja menteri kewangan yang tak padai urus ekonomi . Siapa yang paling kuat menyalak ketika harga minyak naik? Tentu lah pemimpin PKR yng konon mereka bijak urus ekonomi. Katanya untuk turukan harga barang, kerajaan perlu turunkan harga minyak. Itu kata mereka waktu dulu… Dan mengapa pula mereka langsung tidak bersuara ketika harga minyak sudah turun sebaliknya memberikan pelbagai alasan termasuklah GST untuk terus mengekalkan harga tinggi? Ini lah kerja pemimpin pembangkan terutama PKR.
Sedar tak sedar kedaan pakatan mereka sendiri pun sekarang dah jadi lintang pukang, dan tan tentu arah dahhhhh… dah jadi retak makin teruk dah jadi buruk yang terlalu busuk….
Pakatan Rakyat (PR) sudah mula menjadi tidak relevan dan harapan rakyat melihatnya sebagai alternatif kepada Barisan Nasional (BN) mungkin hancur akibat pertengkaran terbuka sesama mereka, terutama antara PAS dan DAP. Pemimpin pujaan mereka sekarang sedang bergelut dan sedang menagih simpati rakyat untuk mengalih akan kebodohan dan balasan dosa hasil perbuatannya sendiri, Kini sibuk menyalahkan sistem kehakiman disamping mengharapkan ada tangan-tangan ghaib dapat membantu menyelamatakan seseorang yang di anggap keramat.
Ini berikutan keputusan rayuan terakhir Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atas tuduhan kes Fitnah II terhadap dirinya yang ditetapkan pada tarikh 10 FEB 2015.
Maka berserulah para pengikut setianya mengharap belas ihsan rakyat  supaya rakyat perlu lebih berusaha, bersabar dan tetap bersama Pakatan Rakyat untuk meneruskan usaha menjatuhkan Barisan Nasional (BN) sedikit sahaja masa lagi. Dangan berkatan tetap yakin bahawa Anwar akan dibebaskan pada 10 Februari nanti,” ujarnya.
 CUBA MENAFIKAN  12 FAKTA KES LIWAT YANG GERAK PSYWAR ANWAR TIDAK BOLEH NAFIKAN
Menghampiri keputusan kes liwat II DSAI ada 10 Feb ini, mereka cuba membina persepsi dia tak bersalah. Mereka berharap utk guna sebagai alasan utk dia dimaaf dan dibebaskan kemudian hari sebaik PR dpt memerintah. 
 Persepsi yg dibina diharap blh beri tekanan dan pengaruhi hakim utk bebaskan Anwar. Ternyata usaha yg sia2 kerana keputusan mahkamah bukan atas persepsi tetapi berdasarkan fakta dan prinsip2 perundangan yg jelas.
 Berikut adalah antara 12 fakta yg tak membantu bebaskan Anwar:
 1. Laporan Dr Osman bin Abdul Hamid, Pusrawi yg konon takda penetrasi adalah palsu. Dr Osman berhenti memulakan pemeriksaan sebaik Saiful beritahu diliwat oleh seorang VIP dan mengaku TAK LAYAK periksa kes melibatkan jenayah lalu cadangkan pemeriksaan di HKL.
 2. Dr Thomas Hoogland pernah menafikan Anwar tak berupaya meliwat seorang lelaki muda umur 25 tahun. Jika benar, kenapa Anwar blh naik basikal bercuti di New Zealand baru2 ini? Mereka yg sakit pinggang hanya berupaya berbongkok seketika bila naiki basikal. Tambah lagi, Anwar berupaya berjoget atas pentas ceramah politik, mendokong serta menimang cucunya yg umur 10 tahun dan disuspek mengadakan hubungan seks dgn pelacur Cinadoll di dlm video dan anak muda lelaki dlm gambar.
 3. Saiful diberi suit jenama mahal BRIONI dan ada bilik sendiri di pejabat ketika baru kerja kurang dari 2 bulan. Takkah penyokong Anwar tertanya2 tentang fakta kes ini?
 4. Tambah lagi, Mahkamah Tinggi terima keterangan Saiful sebagai saksi berkredibiliti dan konsisten. Ia tak sama dgn saksi kes liwat pertama, Azizan bin Abu Bakar yg gagal beri tarikh yg tepat malah berubah2.
 5. Pembelaan tak bangkang keterangan dtg dan pulang Saiful ke kondo. Bukti menunjukkan Saiful dtg ke kondo, menaiki van WKP5925, keluar dari kondo, dan akhirnya pulang dgn kereta WMK6. Tiada isu Saiful tak berada di kondo.
 6. DNA Anwar dijumpai 4 cm dlm dubur Saiful. Mahkamah Tinggi terima bukti 4 calitan swabs (cotton buds) ada semen dan sperma. Juga DNA dari 4 calit sama dgn DNA dari sampel tuala “Good Morning”, botol air dan berus gigi yg diguna Anwar ketika di lokap.
 7. Tiada isu Saiful lambat buat report polis. Mahkamah rayuan menerima alasan yg diberi ketika dibicara di Mahkamah Tinggi.
 8. Bahan bukti tak tercemar atau diubah (tampering). Hujah tampering oleh peguambela tak relevan. Pegawai penyiasat Jude Pereira hanya gunting sampul luar dan bukan plastic seal berisi bahan bukti yg perlu di seal mengikut prosedur dan piawaian yg ditetapkan.
 9. DNA pada semen tak luput. Mmg blh terhapus atau turun kualiti tapi tahap penurunan adalah tak sama. Yg penting, para kimia dari Jabatan Kimia Malaysia dpt jumpa semen, sperma dan bakteria, dan DNA dpt diperolehi.
 10. Keterangan Anwar dari dock tertuduh tak blh diterima. Ia bukan keterangan yg kuat sprti keterangan bersumpah dari kandang tertuduh yg blh disoal balas dan blh dianalisis.
 11. Peguam bela gagal kemukakan 13 saksi dlm permohonan dan nama tlh diberi pada awal2 proseding. Tanpa alibi, Anwar tak blh sangkal dia tak berada di kondo kejadian atau bersama keluarga sprti dikatakan Wan Azizah.
 12. Pakar DNA pembelaan bukan pakar. Sepjg perbicaraan, saksi 'pakar' hanya memberi pendapat dan bukan kepastian. Mereka sebenarnya bukan pakar bidang DNA.
Aboi mengharap agar sama-sama kita fikirkan mana yang terbaik dan rakan-rakan yang masih taat dan setia kepada ANWAR muhasabahlah diri dan insaflah.