Thursday 13 March 2014

APA YB - YB DI KOTA KINABALU DAH BUAT ???????

Description: C:\Users\KAMARUANNUAR\Desktop\whatsaap new MAC 2014\IMG-20140312-WA0011.jpg
ABOI… Dengar dan tengok ajelah…….
 Aboi..pergi kota kinabalu kemarin. Aboi mahu jalan-jalan di bandaraya kota kinabalu , Aboi pergi kawasan Sinsuran , Jalan kat Center Point lepas tu ke kawasan Api-Api.. singgah di plaza wawasan dan beberapa tempat lagilah di sekitar  kota kinabalu. Maklumlah lama sudah Aboi tak jalan-jalan macam ni.. Penat dan rasa dahaga sudah…Aboi pun berhenti basahkan tekak ..siggah minum di semuah restoran dekat sebelah Center Point. Sebelah table Aboi minum satu keluarga cina dengan 3 orang anak sedang makan. Salah seorang Anak dia, tak mahu duduk di meja mereka sebalik nya pergi duduk di meja Aboi… menyebabkan ibu budak tu marahdi situ aboi berkenalan dengan keluarga tersebut.. so kami pun bercerita . macam-macam cerita lah keluar dari cerita kapal terbang Mas MH 370 hilang , cerita jenayah hingga lah cerita politik..
Apa yang menarik Aboi rasa sebab keluarga ini adalah keluarga cina dan dilihat penyokong parti kerajaan tetapi pada PRU 13 lalu , kerana marahkan pemimin BN atau wakil rakyat Bn ..mereka sekeluarga pilih Pembangkang. Walau pun sekarang ini ada sedikit menyesal kerana memilih pembangkang DAP dan PKR namun cara dia cakap dia masih bencikan penmimpin BN di KK  yang dia anggap gagal serta sombong.
Keluarga tersebut meluahkan rasa kurang senang dan menyesal sekarang ini dengan wakil rakyat DAP dan PKR  di kota kinabalu. Baru dia sedar pemimpin DAP atau wakil rakyat DAP _ ahli parlimen Kota kinabalu  - YB  Jimmy Wong yang di pilih tidak buat apa2 kerja pun di kk ni ..begitu juga dengan ADUN N.15 Api-Api  dr PKR  - YB Cristina Liew serta ADUN N.!14 Likas – YB Jonh Wong .. mereka semua tu asyik berpolitik aje. Rakyat tidak di pedullikan ..


Description: E:\GAMBAR-GAMBAR PENTING\PR FON\IMG-20130209-WA0008.jpg           Description: E:\GAMBAR-GAMBAR PENTING\PR FON\IMG-20130212-WA0020.jpg            Description: E:\GAMBAR-GAMBAR PENTING\PRU 13\IMG-20130420-WA0043.jpg
Yb jimmy wong   (DAP)            yb Christina liew (PKR)                   yb john Wong – (DAP)                  
Tapi apa boleh buat walaaupun YB-YB pembangkan di kota kinabalu ni tak bagi apa servis pun kat rakyat kota kinabalu tapi masyarakat kota kinabalu terutama masyarakat cina di sini masih lagi duduk sanjung mereka. Aboi pun terfikir juga … Apa lah..apa lagi??? Masyarakt cina kota kinabalu mahu dan tak puas hati dengan kerajaan ..rasanya kalu di kota kinabalu semua kerajaan dah buat..…
Adakah kerana sifat dan sikap rasis semakan bertambah dikalangan masyarakat cina di kota kinablu sekarang ini atau adakah kerana wakil rakyat BN yang berbangsa cina yang mewakili mereka dulu tidak laksakan tugas dan kerja dengan baik ? atau adakah sebab-sebab lain ????
Kalu di lihat pemimpin pembangkang di kota kinabaalu ini tiada satu pun mereka laksankan program untuk kebaikan rakyat. Program yang dibuat pun semua hanya untuk syokkan boss..mereka dari semenajung dan untuk mencapaikan matlamat bosss mereka terutama boss PKR agar samapai ke puterajaya dan menjadai Perdana Menteri….. semua tahu lah kan siapa boss ..pembangkan tu ?

Description: C:\Users\KAMARUANNUAR\Desktop\IMG-20121230-WA0012.jpg
Waktu datang Kota Kinabaalu …nah duk berangan-angan konon Puterajaya adalah milik mereka. Lihat lah ..dua pemimpin ini sedang merenung Putrajaya … namak nya makin jauh lah lagi nak pergi sana  …bila mana mahkamah putuskan bersalah meliwat. Makin berjerebu lah jalan ke putrajaya….
****sama-sama lah kita fikirkan ….apa dah jadi dengan Kota kinabalu… mana perginya orang-orang BN.. tolong lah buat sesuatu untuk kembalikan ke hebatan kota kinabalu. Pemimpin –pemimpin BN yangdah lama tu insaflah .rakyat dah tahk mahu awak… awak berundur lah bagi orang muda naik …. Tak payah duk memaksa diri duk terhegih-hegih tersengeh-sengeh menagih simpati. Masyarakt kota kinablu sayangkan BN ..tapi dah fed up dengan pemimpin lama yang ada…. Renungkan lah bersama…  

Wednesday 12 March 2014

KAWAN MAKAN KAWAN ..! KAWAN CACI/ MAKI KAWAN ..!…


KAWAN MAKAN KAWAN ..! KAWAN CACI/ MAKI KAWAN ..!…

KHALID – MB SELANGOR DI HINA RAKAN SENDIRI DI SABAH.!!!!

  Dua tiga hari lepas Aboi ..pergi LAHAD DATU, pergi rumah kawan Aboi, kerana keluarga dia jempu Aboi utk makan kenduri kesyukuran sebab adik dia dapat kerja di KL. …uuuunah… bangga seluruh keluarga dia. Nanti kalu ke KL ..tak perlu sewa hotel…boleh tunpang umah adik dia aje.

 balik Lahad Datu ..aboi perig ke Sandakan, masa di Sandakan. Aboi ..dapat cerita ini.. Orang sibuk berbicara pasal MH 370 yang hilang waktu makan ikan bakr di Sim-Sim, tapi di meja yang Aboi duduk tu.dia kenalkan di dia Haji Ijan …dia kata orang ramai sedang sedih dengan kehilangan MH 370..tapi dia lagi sedih sebab dia ni penyokong PKR.

 Apa lagi Aboi ..pun masuk daun lah…sebab Idola Aboi .Anwar Ibrahim ( dululah) sekarang acam engak mahu dah dia lah…. Aboi Tanya, lelaki yang suruh panggil dia Haji Ijan tu.. apa pasal sedih bukan pasal MH370??? Haji Ijan ..jawab.. dia sedih sengan sikap pemimpin-pemimpin PKR ni.. yang tikam kawan dari belakang…( Dalam Hati Aboi…habis Ketua dia pun sukan Main Belakang.pengkiut pun sama lah…suka tikam belakan juga).

 Ini kerana pasal program majlis Jalinan Pemimpin Pusat bersama Ahlijawatankuasa dan ahli PKR zon Sandakan…

Apa sudah jadi dgn kepimpinan PKR...??? bingung kami ahli dibuatnya…

Aboi tahu ke??? Dia Tanya Aboi .. apa dia Haji. Haji Ijan pun bagi tahu Aboi ..Azmin Ali telah hantar orang orang nya pemimpn PKR ke Sabah untuk memburuk burukan mencaci kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor… Apa lah dia orang sama sendiri pun .mahu kasi tikam ke …malu ..lah 

 


Aboi ..nak tahu tak ? tambah haji Ijan lagi .. 6 mac 14 lalu , ada 5 org pemimpin PKR pusat ketuai oleh bekas ADUN Kajang sendiri, Lee Chin Chen bersama Zakaria Abd  Hamid, MPP PKR Pusat, Lee Loy Sian, MP PJ Selatan,

Abdullah Sani Abd Hamid,MP Kuala Langat

dan Dr Xavies Jayakumar, ADUN Sri Andalas

datang dalam perjumpaan PKR di Hotel Pavillion, Sandakan dan mereka masa berucap secara terbuka menghentam dan menceritakan akan kelemahan dan kegagalan Khalid Ibrahim selama menjadi MB Selangor. Kami orang PKR Sandakan hanya terngaga mulut mendengarnya…

 Lee Chin Cheh ADUN Kajang yang letak jawatan secara terus terang memberirahu yang dia memang tidak sehaluan dengan Khalid Ibrahim  kerana dia kata Khali Ibrahim ni degil dan   menaikan gaji ADUN & Exco sehingga 400%  itu semua tidak masuk akal dan tanpa berunding dengan parti.

Khalid juga seorang yang tamak kuasa dengan memecat Azmin dari PKNS.

 *** Dalam Hati Aboi …Baru Haji tahu dan sedar ke seua ni… Haji tu lah yang bodoh .dok sokong memta tuli…. Ngam lah tu….

 Haji Ijan ..terus bagi tahu .Aboi … tahu tak ??  Abdullah Sani ~ MP Kuala Langat juga cakap secara terbuka bahawa Khalid seorang pengkhianat kerana mengamalkan kroni dan rasuah dalam memberi projek kerajaan negeri dan mendesak agar letak jawatan.

 ***** Dalam hati Aboi … Bukan Khalid saja semua dalam PKR tu ..malah dalam Pakatan Rakyat ..PKR tu dah comfirm..DAP dan PAS pun sama aje …mengamalkan krooni dan rasuah .malah lagi kuat dari orang-orang BN pun…jangan tipu lah…Cuma Haji aje yang masih tak sedar…

 Dr Xavier pula duk cerita kat orang sabah di Sandakan yang mana mengakui bahawa walapun Selangor negeri terkaya di Malaysia tetapi gagal dalam membantu rakyat di bawah pentadbiran Khalid. banyak lagi keburukan dan kelemahan Khalid yang didedahkan oleh rakan rakan beliau sendiri.

 **** Dalam Hati Aboi… sama aje ni kamu orang penipu aje .. ketua Umum kamu pun penipu besar. Azmin Ali cakp nak tolong orang sabah…tapi Aboi tak pecaya .silap-silap makin miskin rakyat sabah dapat kepada puak-puak ni… itu pun masih ada lagi orang sabah yang duk ikut mereka..sediah..Aboi..

 Aboi ..tertanya-tanya apakah bodohnya kelemahan semua ni didedahkan oleh kawan-kawan sendiri .pastilah ni ..tak lain tak bukan agenda kerja Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR kerana dendam sebab disingkirkan oleh Khalid Ibrahim dari Ahli Lembaga Pengarah PKNS.

 Dan satu lagi , Khalid Ibrahim mengumumkan mahu mencabar jawatan Timbalan Presiden yang kini disandang oleh Azmin Ali. Pastinya Azmin Ali merasa terancam debgan kedudukan beliau sehingga terpaksa menggerakkan jentera ke seluruh negara untuk mendedahkan keburukan dan kelemahan Khalid dgn harapan akan mendapat imbuhan jika Khalid tersungkur dan Anwar jadi MB.

Tapi mereka dah silap langkah dah…. .Anwar tidak layak bertanding dalam pRK Kajang semab kena hukuman penjara 5 tahun. Gara-gara kesalahan meliwat Saiful Bahri dan Khalid terus terselamat..

 Aboi ..tertanya-tanya PKR akan terus bergolak di Selangor ni…??? Khalid siap-siap pening kepala nak urus tadbir Selangor dengan pasal kawan-kawan sendiri duk cucuk dan tikam  dari belakang..

Untuk orang syang masih ikut PKR ini baik dimanajua andai berada …Aboi ingat tolang fikir panjang lah..

Aboi… mahu duk diam di SABAH DAH… sabah boleh…maju jaya…

APA PUN KITA DOA KAN AGAR MISI SAR MH370 dapat menemui jalan yang terbaik dan di permudahkan segala urusan… pasal PKR tu biar lah.mereka urus ..tak perlu kita Doa kan ereka ..masalah mereka cari sendiri……